Pages

Tungku Herba

 
Tungku herba adalah tungku herba tradisi yang membantu mengurangkan masalah keletihan, lenguh badan, masuk angin dan sengal-sengal. Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan tidak terhad hanya untuk ibu selepas bersalin, Ini adalah amalan tradisi untu menyegarkan badan.

Kegunaan :
• Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim dan melancarkan pengeluaran darah kotor.
• berfungsi sebagai ‘Batu Tungku’ yang mudah dan ringkas.
• Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah
Kaedah pertama:
• Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.
• Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 10 - 15 minit (mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki)
• Keluarkan pek tungku herba. Pek Tungku Herba yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut.
• Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama di bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
• setelah tungku sejuk ulang cara bertungku yang sama.
• Rawatan bertungku disyorkan dilakukan pada waktu pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga habis tempoh berpantang.

Kaedah kedua :
Tungku herba boleh juga dipanaskan menggunakan seterika dengan menekap permukaan tungku herba di bahagian permukaan seterika. Apabila cukup panas (mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki) tuam pada bahagian perut . Keringkan dan simpan didalam peti sejuk untuk ketahanan jangka panjang. Boleh digunakan untuk tempoh yang lama.